Nadi Rakyat Malaysia | Mengenai PNRM
172
page-template,page-template-full_width,page-template-full_width-php,page,page-id-172,ajax_fade,page_not_loaded,,qode_grid_1300,footer_responsive_adv,hide_top_bar_on_mobile_header,qode-theme-ver-13.7,qode-theme-nadi,disabled_footer_top,wpb-js-composer js-comp-ver-5.4.5,vc_responsive
 

Mengenai PNRM

Matlamat Pertubuhan yang berslogankan 

“KE ARAH KEHIDUPAN YANG SEMPURNA”

Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (PNRM) adalah sekumpulan NGO (Non Government Organization) bertaraf kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.

 

Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia bergiat aktif dalam usaha untuk membina masyarakat India yang berpendidikan, sihat dan berkeyakinan untuk berganding bahu bersama masyarakat lain justeru menyumbang kepada kemajuan Malaysia yang berbilang kaum.

pengenalan

Membantu melahirkan rakyat kaum India yang sihat

Membantu rakyat melalui program sosio ekonomi

Membantu golongan terabai, buta huruf, teraniya dan golongan miskin.

Melahirkan generasi muda yang berpendidikan tinggi untuk masa depan yang cerah.

Membantu golongan remaja kaum India untuk mendapat pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang sesuai.

Membantu rakyat menyelesaikan masalah-masalah untuk kawasan yang memerlukan bantuan.

Membantu rakyat kaum india yang ingin memulakan perniagaan baru

Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia kini telah berkembang pesat menjadi sebuah Persatuan yang boleh dipercayai sepenuhnya dan memainkan peranan sebagai tonggak masyarakat India di Malaysia.

VISI

  • Membimbing dan melahirkan rakyat yang berpendidikan tinggi dan bermoral
  • Membantu golongan miskin,terabai,teraniaya dan buta huruf
  • Membantu melahirkan rakyat yang sihat
  • Membantu rakyat melalui program sosio-ekonomi

MISI

Membantu masyakarat India dari semua segi dan faktor tanpa mengharapkan sebarang faedah seperti yang berikut:

  • Mengadakan program dan aktiviti yang berunsurkan pendidikan bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan dapat menyimbangkan ke arah kemajuan Negara.
  • Menjalankan kerja-kerja amal bagi tujuan kebajikan kepada golongan kurang upaya.
  • Memberi bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti riadah untuk golongan kurang upaya.
  • Melaksanakan program dan aktiviti berkaitan kebajikan dan kemasyarakatan.
  • Menganjurkan program dan aktiviti kesihatan yang berfokuskan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Datuk Seri Dr. Mohd Shafei

Pengasas

PENGASAS

Datuk Seri Dr. Mohd Shafei memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Doktor Pentadbiran Perniagaan (CDBA) dari Persatuan Oxford Pengurusan, United Kingdom dan Pentadbiran Pentadbiran Perniagaan dari European American University.

 

Beliau memulakan kariernya sebagai guru pada tahun 1979 sehingga tahun 1982. Kemudian pada tahun 1985, beliau menyertai sebuah bank sebagai pegawai. Sementelahan itu,kerjaya politiknya bermula pada tahun 2004 di mana beliau dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan Malaysia dan berkhidmat sehingga 2008. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan sehingga Mei 2013.

 

Beliau adalah Pengerusi kepada beberapa syarikat gergasi seperti UDA Holding Berhad,  BBCC Development Sdn. Bhd, Century Software (M) Sdn. Bhd., Jana Tanmia Sdn. Bhd. dan Sky Blue Media Sdn. Bhd. Tambahan pula, beliau merupakan Penasihat untuk Persatuan Alumni Kolej Ke-3 University Malaya (ETICHA)., Penasihat Ke Hormat untuk Yayasan Pendidikan Prihatin Malaysia, Pengerusi untuk Majlis Penbangunan Pertanian Kawasan Parlimen Wangsa Maju (MPPP), dan Pengerusi untuk Koperasi Bela Rakyat Parlimen Wangsa Maju (KOBERA).

En. Alagan Narianan

Presiden

PRESIDEN

En. Alagan Narianan merupakan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia. Beliau lahir pada 30 April, 1978 dan memegang Diploma in Electronic and Electrical dari Kolej Tafe pada tahun 1998.

 

Beliau memulakan kariernya sebagai site supervisor di Telekom Malaysia pada tahun 1998 sehingga tahun 2000. Seterusnya, pada tahun 2000 hingga tahun 2008 beliau bekerja sebagai Assistant Engineer di JVC Video Malaysia di quality department.

Kerjaya politiknya bermula pada tahun 2008 di mana beliau dilantik sebagai Presiden untuk Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia sehingga kini. Diantara pencapaian beliau ialah:

  • Majlis Mesra pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dalam program “Sireh Pulang Ke Gagang” di mana beliau mengumpul seramai 7000 ribu ahli dari PKR dan menjadikan mereka sebagai ahli Parti Barisan Nasional.
  • Menyelesaikan masalah rumah usang dan bocor di Sungai Dara Batang Berjuntai.
  • Bantuan kewangan sebanyak RM 1 juta ke Kuil Mariamman di Padang Jawa.
  • Menyelesaikan masalah isu bil air tunggakan sebanyak RM 14,000.00 dan membina dewan orang ramai dengan kos sebanyak RM 50,000.00 di Rumah Panjang Kg. Subang Bunga Raya
  • Mendapatkan sumbangan sebanyak RM 30,000.00 untuk baik pulih Mariamman Flat Pelangi di Kota Damansara
  • Masalah pembinaan surau dan dewan terbengkalai telah pun selesai dibina seperti yang dijanjikan di Flat Pelangi Indah Klang Meru
  • Masalah banjir di kawasan Bukit Kemuning Batu 8 telah diselesaikan bersama Kerajaan Barisan Nasional dengan membaik pulih longkang-longkang yang tersumbat di sekitar kawasan tersebut.
  • Masalah wang pekerja-pekerja di Ladang Caeserfield yang berlanjutan selama 30 tahun telah berjaya diselesaikan. Oleh yang demikian, sebanyak 53 orang telah menerima wang mereka yang berjumlah RM 162,697.43
  • Menganjurkan Program “Back to School” dengan memberi sumbangan bag Sekolah dan alat –alat tulis untuk 150 murid di Kg. Bunga Raya Subang.
  • Mengajurkan Pesta Ponggal dan seramai 100 penduduk telah menyertai program tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum antara masayarakat di Kota Damansara.
  • Memberi sumbangan kepada penyanyi terkenal di era 70an iaitu En. Sarangabani di mana rumah beliau terbakar di Enggan Berkely, Klang

Beliau juga telah memulakan perniagaanya sendiri di Termy Tech (M) Sdn Bhd sejak tahun 2012 dan memegang jawatan sebagai Hons Secretary sejak tahun 2017 di MIMTA MALAYSIA.

 

Tamabahan pula, En. Alagan telah menerima Anugerah untuk perkhidmatan berkualiti (Quality Service) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Beliau juga menerima Anugerah untuk Ahli Pemikir dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

En. Anbumani Balu 

Penasihat Undang Undang

PENASIHAT UNDANG UNDANG

En. Anbumani Balu – (Anbumani Balan) merupakan penasihatundang undang kepada Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia. Beliau lahir pada 12 August 1974 dan memegang Bachelor of Science dari University Malaya dan Media Studies dari Optima College.

Beliau memulakan kariernya sebagai wartawan untuk akhbar Tamil, Malaysia Nanban dan meneruskan kerjaya beliau sehingga memegang jawatan CEO untuk The Malaysian Times Sdn Bhd dan Anbu Consultancy Sdn Bhd. Namun demikian, keinginan beliau untuk menceburi bidang politik telah membuahkan hasil sehingga beliau telah merangkul beberapa jawatan penting dalam pelbagai Pertubuhan Politik dan NGO seperti:

  • MIC Federal Territories Information Chief
  • MIC Taman Setiawangsa Branch Chairman
  • MIC Setiawangsa Division Secretary
  • Chairman Persatuan Kebajikan dan Social India Setiawangsa
  • Royal Selangor Club member
  • CEO of Malaysian Indian, Research, Development and Community Centre

Malah, beliau juga telah menerima pelbagai penghargaan untuk khidmat beliau kepada rakyat. Antara penghargaan yang beliau sandang adalah seperti berikut:

  • Tahun 1993 : Hadiah Kewartawanan Malaysia – Laporan Sukan Terbaik – Tamil
  • Tahun 1995 : Hadiah Kewartawanan Malaysia – Laporan Sukan Terbaik – Tamil
  • Tahun 2002 : Anugerah Kepimpinan Rakan Muda
  • Tahun 2011 : Pingat Pangkuan Negara PPN
  • Tahun 2016 : Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) Pinang
  • Tahun 2017 : Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) – Melaka (Datuk)

AHLI JAWATANKUASA

Shafei-1
Ybhg.Dato Seri’Dr.Hj.Mohd Shafei b.Abdullah
Penaung
president
En. Alagan
President PNRM
Anbumani
Datuk Anbu Mani
Advisor
DatoCPerumal
Dato Perumal
Legal Advisor
mugeenan
En. Mugeenan
Timbalan Pengerusi
MsMalathy
Ms. Malathy
Deputy Womens Leader
sri_ramesh
Mr. Sri Ramesh
Vice President 1
Ravin
Mr. Ravitharan
Vice President 2
MSPathma
Ms. Pathma
Secretary
Sarawanan
Sarawanan
Treasurer
Nathan
En. Nathan
Secretary
DASA
Dasaraj
Media