Matlamat Pertubuhan yang berslogankan
“KE ARAH KEHIDUPAN YANG SEMPURNA”
“KE ARAH KEHIDUPAN YANG SEMPURNA”
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (PNRM) adalah sekumpulan NGO (Non Government Organization) bertaraf kebangsaan yang ditubuhkan pada tahun 2008 untuk menaikkan taraf sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia.
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia bergiat aktif dalam usaha untuk membina masyarakat India yang berpendidikan, sihat dan berkeyakinan untuk berganding bahu bersama masyarakat lain justeru menyumbang kepada kemajuan Malaysia yang berbilang kaum.
Membantu melahirkan rakyat kaum India yang sihat
Membantu rakyat melalui program sosio ekonomi
Membantu golongan terabai, buta huruf, teraniya dan golongan miskin.
Melahirkan generasi muda yang berpendidikan tinggi untuk masa depan yang cerah.
Membantu golongan remaja kaum India untuk mendapat pendidikan yang tinggi dan kerjaya yang sesuai.
Membantu rakyat menyelesaikan masalah-masalah untuk kawasan yang memerlukan bantuan.
Membantu rakyat kaum india yang ingin memulakan perniagaan baru
Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia kini telah berkembang pesat menjadi sebuah Persatuan yang boleh dipercayai sepenuhnya dan memainkan peranan sebagai tonggak masyarakat India di Malaysia.
Membantu masyakarat India dari semua segi dan faktor tanpa mengharapkan sebarang faedah seperti yang berikut:
Datuk Seri Dr. Mohd Shafei memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya, Doktor Pentadbiran Perniagaan (CDBA) dari Persatuan Oxford Pengurusan, United Kingdom dan Pentadbiran Pentadbiran Perniagaan dari European American University.
Beliau memulakan kariernya sebagai guru pada tahun 1979 sehingga tahun 1982. Kemudian pada tahun 1985, beliau menyertai sebuah bank sebagai pegawai. Sementelahan itu,kerjaya politiknya bermula pada tahun 2004 di mana beliau dilantik sebagai setiausaha politik kepada Menteri Pertahanan Malaysia dan berkhidmat sehingga 2008. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Kewangan sehingga Mei 2013.
Beliau adalah Pengerusi kepada beberapa syarikat gergasi seperti UDA Holding Berhad, BBCC Development Sdn. Bhd, Century Software (M) Sdn. Bhd., Jana Tanmia Sdn. Bhd. dan Sky Blue Media Sdn. Bhd. Tambahan pula, beliau merupakan Penasihat untuk Persatuan Alumni Kolej Ke-3 University Malaya (ETICHA)., Penasihat Ke Hormat untuk Yayasan Pendidikan Prihatin Malaysia, Pengerusi untuk Majlis Penbangunan Pertanian Kawasan Parlimen Wangsa Maju (MPPP), dan Pengerusi untuk Koperasi Bela Rakyat Parlimen Wangsa Maju (KOBERA).
En. Alagan Narianan merupakan Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia. Beliau lahir pada 30 April, 1978 dan memegang Diploma in Electronic and Electrical dari Kolej Tafe pada tahun 1998.
Beliau memulakan kariernya sebagai site supervisor di Telekom Malaysia pada tahun 1998 sehingga tahun 2000. Seterusnya, pada tahun 2000 hingga tahun 2008 beliau bekerja sebagai Assistant Engineer di JVC Video Malaysia di quality department.
Kerjaya politiknya bermula pada tahun 2008 di mana beliau dilantik sebagai Presiden untuk Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia sehingga kini. Diantara pencapaian beliau ialah:
Beliau juga telah memulakan perniagaanya sendiri di Termy Tech (M) Sdn Bhd sejak tahun 2012 dan memegang jawatan sebagai Hons Secretary sejak tahun 2017 di MIMTA MALAYSIA.
Tamabahan pula, En. Alagan telah menerima Anugerah untuk perkhidmatan berkualiti (Quality Service) dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Beliau juga menerima Anugerah untuk Ahli Pemikir dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
En. Anbumani Balu – (Anbumani Balan) merupakan penasihatundang undang kepada Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia. Beliau lahir pada 12 August 1974 dan memegang Bachelor of Science dari University Malaya dan Media Studies dari Optima College.
Beliau memulakan kariernya sebagai wartawan untuk akhbar Tamil, Malaysia Nanban dan meneruskan kerjaya beliau sehingga memegang jawatan CEO untuk The Malaysian Times Sdn Bhd dan Anbu Consultancy Sdn Bhd. Namun demikian, keinginan beliau untuk menceburi bidang politik telah membuahkan hasil sehingga beliau telah merangkul beberapa jawatan penting dalam pelbagai Pertubuhan Politik dan NGO seperti:
Malah, beliau juga telah menerima pelbagai penghargaan untuk khidmat beliau kepada rakyat. Antara penghargaan yang beliau sandang adalah seperti berikut: